Saturday, 17 November 2012

Youtube

Kini fenomena artis youtube muncul di negara kita. Siapa tak kenal Yuna, Zee Avi, Najwa Latif, Ainan Tasneem dan Tasha Manshahar. Mereka menggunakan youtube sebagai medium menunjukkan bakat mereka. Buat persembahan, rakam, upload ke youtube dan tunggu tuah. Jika memang berbakat dan bernasin baik, rakaman itu bakal menarik jutaan penonton (like) sekaligus melonjakkan si penyanyi menjadi superstar dalam sekelip mata.


Najwa Latif


Seorang budak sekolah bernama Najwa Latif mencipta kejutan apabila rakaman lagunya Cinta Muka Buku yang diupload ke youtube ditonton 6juta orang. Hebat jugop bdk sekolah ni nyanyi walaupun ada pihak yang mendakwa lagunya biasa-biasa saja. lagunya diminati ramai terutama golongan muda kerana ia menjadi trend terkini. 


Ainan Tasneem

Ainan Tasneem seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses. Dia bermula dengan memuat naik rakaman di FB kemudian dia dicabar menghasilkan lagu sendiri dan terhasillah lagu Aku Suka Dia. Seorang teman FBnya upload rakamannya di youtube dan berjaya menarik 750000 penonton. Seterusnya Ainan menggunakan youtube untuk memuat naik rakaman lagu yang dipopularkan penyanyi lain. 


Yuna

Yuna @ nama sebenarnya Yunalis Zarai berasal dari Alor Setar, Kedah. Lepasan UITM dalam ijazah undang-undang ini  mempunyai kebolehan menyanyi dan mencipta lagu membolehkan dia mencipta satu imej musik yang inovatif dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 


Tasha Manshahar

Tasha Manshahar @ nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar ialah gadis kelahiran Sandakan, Sabah dan merupakan penuntut tahun pertama Sarjana Muda Pengurusan Pengkhususan Bahasa Inggeris di Institut Perguruan Ilmu Khas. Dia mengikuti kejayaan Yuna dan Najwa Latif dengan menggunakan youtube untuk menunjukkan bakat. Mereka bukan sahaja mempunyai bakat dan rupa, tetapi mereka juga merupakan pelajar-pelajar di Institiut Pengajian Tinggi. 



No comments:

Post a Comment