Friday 14 December 2012

Jersi Harimau Malaya

Lepas tgk Harimau Malaya menang game lwn Indonesia aritu. Ambe terus beli jersi malaysia baru (kaler kuning) lepas jumpa ada orang jual kat Pesta Konvo Unisza. Walaupun bkn yg ori tp xpela sbg tanda sokongan kepada pasukan negara. 

Sbg juara bertahan, Harimau Malaya perlu bersedia untuk menghadapi tentangan daripada pasukan lain yang ingin merampas takhta juara Piala AFF Suzuki yang dimenangi 2 tahun lepas. Ambe tak melepaskan peluang menonton perlawanan pasukan negara live di tv walaupun xberpeluang ke stadium Bukit Jalil. Pada game peringkat grouping, Harimau Malaya bermula dengan langkah kiri selepas kalah kepada Singapura di tempat sendiri. Pasukan negara seperti hilang punca dan tak dapat control game. Pelbagai krtikan dan komen daripada media dan peminat mengenai persembahan Harimau Malaya yang teruk dibelasah Singapura 3gol tanpa balas. Walaubagaimanapun, pemain-pemain perlu positif dan memperbaiki kelemahan yang ada kerana saingan baru bermula dan masih ada 2perlawanan untuk diharungi. 

Barisan pemain skuad negara 2012

Pada perlawanan Piala Suzuki 2012, Harimau Malaya memakai jersi rekaan Nike yang paling mesra alam dan berteknologi canggih dan diperbuat daripada 100% poliester kitar semula. Fabrik bagi seluar diperbuat daripada 100% poliester kitar semula, manakala fabrik baju diperbuat daripada minimum 96% poliester kitar semula. Setiap kit diperbuat menggunakan purata 13botol  plastik kitar semula melalui kaedah teknologi Nike Dri-Fit untuk menyedut lembapan dan diperbuat daripada fabrik 23% lebih ringan dengan struktur kait 20% lebih kuat daripada kit yang lama.


Bajunya mempunyai liang pengudaraan untuk membantu proses penyejukan seterusnya mengawal atur suhu badan pemain ketika bertarung dalam perlawanan.  Jalur hitam kuning pada jersi melambangkan belang harimau iaitu simbol pasukan bola sepak negara kita.



Slogan "Tanah tumpahnya darahku" dicetak disebelah dalam jersi dan ia adalah semboyan yang dipetik daripada lagu kebangsaan bertujuan menyemarakkan dan membangkitkan semangat pemain untuk memenangi piala untuk negara. 






Sebagai pelengkap, jalur gemilang turut menghiasi kit baru bagi melahirkan rasa bangga di hati pemain dan peminat yang menyarungkan jersi berkenaan.




No comments:

Post a Comment