Banjir ialah musibah yang berlaku di musim tengkujuh.
Tambahan pula ambe duk di pantai timur mmg bese la dgn musim hujan ni. Hari ni
hujan, esok hujan, lusa hujan, hujan dan hujan lagi. Kawasan rendah dan tempat
bese nek air tu mmg konpem banjir kalau hujan xbenti2. Hakikatnya dalam hidup,
kita selalu diuji dengan trgedi.
Kematian orang yang tersayang, dikhianati orang yang dicintai, dan kehilangan
harta benda dalam kehidupan kita adalah satu ujian. Setiap musibah dating daripada
Allah dan manusia diuji atas sebab yang berbeza , bergantung kepada tahap
hubungan kita dengan-Nya.
Apakah anggapan dan agaimana kita melihat sesuatu musibah
1) Hukuman kerana melaggar hukum dan melakukan dosa
Orang baik tidak mengaku dirinya bail. Kita sbg manusia tidak
boleh lari dari membuat kesilpan dan melakukan dosa. Maka, terimalah musibah
yang dating sbg kifarah bagi menebus dosa kita. Anggaplah Allah menghukum
kesalahan kita didunia untuk melepaskan kita dihukum di akhirat. Mungkin dengan
musibah yang terjadi, member kita keinsafan dan mendekatkan kita dengan-Nya.
2) Bala
Jika kita melihat peristiwa lepas atau sejarah. Banyak
musibah yang berlaku seperti banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi,
tsunami, kemarau dan sebagainya. Musibah yang berlaku adalah tanda kemurkaan
Allah terhadap orang jahat yang membuat keburukan.
3) Sebagai Tanda Sayang Allah Kepada Hambanya.
Kita mungkin tertanya-tanya kerana kita orang yang baik dan selalu membuat
kebaikan. Tetapi kenapa kita mendapat musibah dalam hidup. Allah turunkan bala
kerana dia mahu menguji kita. Bagaimana kita hendak kenal susah, sabar, syukur,
redha dan pemaaf jika kita tidak diuji. Ingatlah, Allah tidak akan sekali-kali menguji hambanya diluar kemampuan hambanya.
Apapun yang terjadi dalam hidup kita, kita perlu sabar, redha dan bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang telah diperolehi. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment