Sunday, 20 January 2013

Kaya Sebelum Miskin


Menurut hadis Rasululullah SAW. yang berbunyi 'bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari'. Mmg kite nak hidup senang dan berjaya dalam hidup. Ada byk duit, gaji beso, rmh beso, kete beso dan byk lagi. Tapi adakah ini semua bermakna jika kita hati kita tdk tenang, family porak peranda, tiada masa beribadat kpd Allah dan masa utk berehat. Disamping kita bekerja bersungguh-sungguh untuk menyara hidup tetapi kite juga hendaklah beribadat. 5 perkara yang kite perlu kita ingat sebelum datangnya 5 perkara iaitu:

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya, “Bukanlah kekayaan itu diukur dengan limpahan kemewahan dunia. Tetapi kekayaan itu adalah kayanya hati.” (Hadis Riwayat Muslim)

 Rasulullah SAW pernah mengatakan, “Kalau seandainya anak Adam diberi sebukit emas, nescaya dia akan mengharapkan lebih banyak bukit-bukit emas lainnya, dan tidaklah yang memenuhi mulutnya melainkan tanah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda, “Redhalah dengan apa yang ALLAH berikan kepadamu nescaya engkau menjadi orang yang paling kaya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Sebenarnya kekayaan tidak akan dirasai dengan limpahan harta. Sebaliknya kekayaan akan terkecap apabila hati sentiasa berasa cukup, puas, syukur, lapang, tenang, dan senang terhadap segala kurniaan ALLAH.

Lalu dengan harta itu menjadikan dirinya mampu melaksanakan agamanya. Seorang mukmin yang kaya adalah yang sentiasa berasa cukup dengan harta yang dimilikinya lalu dia menggunakan harta tersebut untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhannya


SENARAI ORANG TERKAYA DI MALAYSIA 2013
1. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) - RM30.56 bilion
2. Robert Kuok (Kumpulan Kuok) - RM29.40 bilion
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM15.10 bilion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) - RM14.68 bilion
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM14.17 bilion
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) - RM10.42 bilion
7. Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay (YTL Corporation) - RM9.75 bilion
8. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary (Yayasan al-Bukhary) - RM9.14 bilion
9. Tan Sri Azman Hashim (Kumpulan AmBank) - RM4.18 bilion
10. Tan Sri Lee Oi Hian (Batu Kawan Berhad) - RM3.95 bilion

Berdasarkan top10 orang terkaya di Malaysia 2013, kite dapat lihat orang Cina mendominasi kekayaan dan mempunyai syarikat-syarikat besar. 




T. Ananda Krishnan 


Orang terkaya di Malaysia tahun 2013 adalah T. Ananda Krishnan. Beliau merupakan bilionair telekomunikasi mengumpul kekayaan bernilai 30.56 bilion. Dilahirkan pada tahun 1938 di Brickfields. Ananda memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok untuk menjadi orang terkaya Malaysia apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau. Antara kepentingan biness yang beliau miliki ialah :-

media (Astro, Johnston Press Plc), satelit (MEASAT), 


minyak dan gas (Bumi Armada, Pexco), 



telekomunikasi (Maxis, Aircel, Axis, Sri Lanka Telecom). 



Beliau juga memiliki kepentingan dalam 
Syarikat Tanjong Public Limited, sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan anak-anak syarikat yang terlibat dalam penjanaan kuasa (Powertek), 
perjudian (Pan Malaysian Pools), 
riadah (Kepulauan Tropika, Pawagam TGV) 

Robert Kuok




Dikenali sebagai raja gula. Selain syarikatnya Kumpulan Kuok dan dari pelbagai perniagaan di Malaysia, beliau juga mempunyai syarikat-syarikat yang mempunyai pelaburan di banyak negara di seluruh Asia. Asetnya dianggarkan kira-kira 29.40 billion.

perniagaan pelbagai kepentingannya adalah

 ladang tebu (Perlis Plantations Bhd), gula, 
pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak, perlombongan, kewangan, hotel, hartanah, perdagangan, pengangkutan dan penerbitan.
sumber terbesar kekayaan adalah kepentingan dalam Wilmar International, syarikat minyak sawit tersenarai terbesar di dunia. 

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary




Beliau mempunyai banyak kepentingan berjumlah 9.14 bilion dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa. Pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’ adalah falasafah beliau untuk berjaya dalam hidup. 




http://www.sinarharian.com.my/rencana/gapai-kekayaan-dengan-hati-tenang-1.33026
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3911-kekayaan-anugerah-allah.html
http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1825-apabila-allah-swt-istiharkan-muflis.html
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

No comments:

Post a Comment