Sunday 18 November 2012

Disadvantages of Computer and Internet Usage (E-Care)

Kebanyakan orang tidak kira dimana berada bergantung kepada internet dalam aktiviti seharian. Internet sangat berguna dan bermanfaat tetapi menjadi masalah sosial dan mempunyai kesan negatif apabila disalahgunakan..


Cyberstalking
Tidak dinafikan banyak stalker-stalker mengganggu dan mengintip maklumat untuk kepentingan peribadi. Contohnya terdapat stalker yang mengintip maklumat daripada laman sosial dan mengintip maklumat akaun simpanan orang lain untuk mendapatkan wang. 

Pornography


Kegiatan ini berlaku samada di mana-mana jua samaada di kediaman mahupun tempat kerja. Pornography adalah negatif dan dilarang disisi agama serta antara penyumbang kepada jenayah rogol dan gangguan seksual. 

Mengabaikan keluarga dan rakan-rakan


Kita tidak sepatutnya mengabaikan keluarga dan rakan-rakan kerana banyak menghabiskan masa berjam-jam dihadapan komputer. Pengurusan masa yang betul dan berdisiplin apabila melayari internet adalah perlu bagi memastikan kita mempunyai masa bersama keluarga, menunaikan ibadah, beriadah dan bersukan.

Sleep disorder

Biasanya terjadi kepada org yg addict online games dan laman sosial. Mereka sanggup bersengka mata untuk menikmati online games feveret mereka dan menghabiskan masa berhubung di laman sosial. Tabiat negatif ini mengakibatkan mereka tidak fokus dan menyebabkan prestasi terjejas samaada dalam pelajaran atau di tempat kerja. Selalunya mereka akan mengantuk dan lemah disebabkan  kekurangan rehat dan tidur. 

Online Shooping

Dengan hanya beberapa klik mouse dan keyboard, online shopping memudahkan kita membeli belah pelbagai barangan idaman dari seluruh dunia. Malangnya, online shopping  boleh mendatangkan ketagihan dan menderita apabila kita tidak boleh membayar bil kad kredit. 

ketagihan online game


Pelbagai online games yang digemari dan popular dikalangan orang pelbagai peringkat umur samaada tua atau muda seperti The Sims, Diner Dash dan Facebook juga mempunyai online games seperti FarmVille, Chefville & Mafia Wars. Online games menjadi ketagihan kerana ia menjadi seronok apabila kita bermain bersama teman-teman secara online. Selain itu, pemikiran kanak-kanak mudah dipengaruhi dan mereka cenderung meniru tingkah laku yang agresif apabila bermain games yang ganas. 

Saturday 17 November 2012

Youtube

Kini fenomena artis youtube muncul di negara kita. Siapa tak kenal Yuna, Zee Avi, Najwa Latif, Ainan Tasneem dan Tasha Manshahar. Mereka menggunakan youtube sebagai medium menunjukkan bakat mereka. Buat persembahan, rakam, upload ke youtube dan tunggu tuah. Jika memang berbakat dan bernasin baik, rakaman itu bakal menarik jutaan penonton (like) sekaligus melonjakkan si penyanyi menjadi superstar dalam sekelip mata.


Najwa Latif


Seorang budak sekolah bernama Najwa Latif mencipta kejutan apabila rakaman lagunya Cinta Muka Buku yang diupload ke youtube ditonton 6juta orang. Hebat jugop bdk sekolah ni nyanyi walaupun ada pihak yang mendakwa lagunya biasa-biasa saja. lagunya diminati ramai terutama golongan muda kerana ia menjadi trend terkini. 


Ainan Tasneem

Ainan Tasneem seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dalam jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses. Dia bermula dengan memuat naik rakaman di FB kemudian dia dicabar menghasilkan lagu sendiri dan terhasillah lagu Aku Suka Dia. Seorang teman FBnya upload rakamannya di youtube dan berjaya menarik 750000 penonton. Seterusnya Ainan menggunakan youtube untuk memuat naik rakaman lagu yang dipopularkan penyanyi lain. 


Yuna

Yuna @ nama sebenarnya Yunalis Zarai berasal dari Alor Setar, Kedah. Lepasan UITM dalam ijazah undang-undang ini  mempunyai kebolehan menyanyi dan mencipta lagu membolehkan dia mencipta satu imej musik yang inovatif dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. 


Tasha Manshahar

Tasha Manshahar @ nama sebenarnya Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar ialah gadis kelahiran Sandakan, Sabah dan merupakan penuntut tahun pertama Sarjana Muda Pengurusan Pengkhususan Bahasa Inggeris di Institut Perguruan Ilmu Khas. Dia mengikuti kejayaan Yuna dan Najwa Latif dengan menggunakan youtube untuk menunjukkan bakat. Mereka bukan sahaja mempunyai bakat dan rupa, tetapi mereka juga merupakan pelajar-pelajar di Institiut Pengajian Tinggi. 



Tuesday 13 November 2012

Ketagihan Facebook



       Facebook help you connect and share with the people in your life. Inilah slogan FB yang selalu kita tengok kan. Kini, semua lapisan masyarakat mempunyai akaun FB tidak kira di bandar, luar bandar, tua ataupun muda. FB membuatkan seseorang melekat di komputer @ laptop berjam-jam lamanya untuk melihat post-post terbaru, chatting, dan bermain online game. Ambe juga kadang-kadang addict jugop dgn FB ni, tapi tidaklah sampai 2jam. Kita boleh memanfaatkan Facebook kerana boleh mendapat banyak maklumat terkini daripada teman-teman serta mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Facebook penting bagi ambe kerana kita tidak mempunyai masa untuk berkomunikasi dengan teman-teman dan mengetahui perkembangan diri mereka. Tambahan pula teman-teman yang duk jauh dan lama terpisah. Melalui Facebook, ambe dapat bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang sudah lama terpisah. Disamping itu kita boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. 


Tetapi ada juga keburukan kepada individu yang ketagihan Facebook. Laman web sosial ini mengurangkan komunikasi secara bersemuka. Kita tidak perlu berjumpa dengan seseorang untuk bertanya khabar dan bertegur sapa. Tidak perlu kita menghabiskan masa berjam-jam dengan FB, cukup sekadar mengisi masa yang terluang kerana ia boleh menjejaskan aktiviti harian kita. Banyak games FB seperti FarmVille, Pool, Avengers dan chef Ville membolehkan kita bermain dengan teman-teman FB. Tetapi apabila kita ketagih dengan games tersebut, ia membuatkan kita leka dan lupa dengan perkara lain. Bertambah teruk apabila seseorang itu makan didepan komputer dan tertidur depan komputer. Kita sepatutnya bijak membahagikan masa dan melakukan aktiviti yang berfaedah dan menyihatkan badan. Be Smart and stay Healty..



Monday 12 November 2012

1 Citizen

Assalamualaikum,



       Pada 9 dan 10 November lepas ambe join program 1Citizen. Ambe penah tgk iklan pasal 1Citizen ni kat HEPA, tapi tahu la plop program pasal apa. Sebelum cuti pertengahan semester, kawan ambe Atin  ajak join program ni dan ada lagi kekosongan tempat. Ambe join program ni dengan harapan program ni ada knowledge baru yang ambe akan dapat. Walaupun kawan2 sudah pulang ke kampung halaman, tetapi ambe masih lagi di UMT dan  korbankan 2hari untuk join program ni. Btw program ni secara amnya tentang ethical    consequences of ethical behaviour. Terdapat 8 modul dalam program ni iaitu e-Acces, e-Literate, e-Rule, e-Safety, e-Interaction & Collaboration, e-Enterprise, e-Care and e-Accountability. Selepas tamat program ni semua peserta perlu menghantar portfolio sebelum mendapat sijil penyertaan dan juga perlu menduduki exam. Exam ini mengandungi 45 multi-choice question dalam masa 60 minit. Program ini sangat berfaedah dan membentuk peserta supaya menjadi critical thinker dalam menganalisis sumber informasi dan komunikasi. Selain itu program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang penyalahgunaan teknologi maklumat dan ancaman daripada pencerobohan siber. Ambe tak terasa boring dan mengantuk semasa program ini kerana trainer yang menghiburkan dan terdapat selingan video yang menarik.