Tuesday, 13 November 2012

Ketagihan Facebook



       Facebook help you connect and share with the people in your life. Inilah slogan FB yang selalu kita tengok kan. Kini, semua lapisan masyarakat mempunyai akaun FB tidak kira di bandar, luar bandar, tua ataupun muda. FB membuatkan seseorang melekat di komputer @ laptop berjam-jam lamanya untuk melihat post-post terbaru, chatting, dan bermain online game. Ambe juga kadang-kadang addict jugop dgn FB ni, tapi tidaklah sampai 2jam. Kita boleh memanfaatkan Facebook kerana boleh mendapat banyak maklumat terkini daripada teman-teman serta mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Facebook penting bagi ambe kerana kita tidak mempunyai masa untuk berkomunikasi dengan teman-teman dan mengetahui perkembangan diri mereka. Tambahan pula teman-teman yang duk jauh dan lama terpisah. Melalui Facebook, ambe dapat bertemu dengan rakan-rakan sekolah yang sudah lama terpisah. Disamping itu kita boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. 


Tetapi ada juga keburukan kepada individu yang ketagihan Facebook. Laman web sosial ini mengurangkan komunikasi secara bersemuka. Kita tidak perlu berjumpa dengan seseorang untuk bertanya khabar dan bertegur sapa. Tidak perlu kita menghabiskan masa berjam-jam dengan FB, cukup sekadar mengisi masa yang terluang kerana ia boleh menjejaskan aktiviti harian kita. Banyak games FB seperti FarmVille, Pool, Avengers dan chef Ville membolehkan kita bermain dengan teman-teman FB. Tetapi apabila kita ketagih dengan games tersebut, ia membuatkan kita leka dan lupa dengan perkara lain. Bertambah teruk apabila seseorang itu makan didepan komputer dan tertidur depan komputer. Kita sepatutnya bijak membahagikan masa dan melakukan aktiviti yang berfaedah dan menyihatkan badan. Be Smart and stay Healty..



No comments:

Post a Comment