Thursday, 27 December 2012

Baddrol Bakhtiar



Nama Baddrol Bakhtiar mungkin xsefemes Safee Sali, Mat Yo, Safiq Rahim dan Apek.  Dia
merupakan kapten pasukan dan juga player pasukan negara. Ambe mula meminati dan mengkagumi kehebatannya bermain bola ketika tgk pasukan Malaysia pada Kejohanan Sukan Sea 2010 di Indonesia. Ambe tgk live di skrin beso di kedai mkan  bersama member2.  Kawan2 ambe panggil nama ambe "erman" bila tgk baddrol kat tv. Katanya ambe iras2 baddrol. Selepas itu ramai kwn2 ambe paggil ambe "baddrol". Mungkin ambe iras2 baddrol tapi ambe men bola xhebat mcm baddrol pn. Ambe suka men futsal dan ada jgop la bebrpa kali masuk tournamnt. Tp xpnh menang pn. Haha.  Ambe harap Baddrol meningkatkan lagi prestasi dan skill untuk menjadi player bola yang hebat dan terkenal di Malaysia dan di dunia. 

Biodata
 
Nama penuh: Baddrol bin Bakhtiar
Tarikh lahir: 1 Februari 1988 
Tempat lahir : Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Ketinggian: 1.82 m 
Posisi :  Sayap Kanan,Penyerang
Pasukan : Kedah FA
No Jersi:10,11, 23-Malaysia 7-Kedah FA
Status:Bujang

Skuad Harimau Malaya ketika Piala AFF 2012

Aksi Baddrol Bakhtiar ketika Harimau Malaya lawan Thailand


Baddrol menjadi kapten ketika Sukan Sea Indonesia 2011


Hikmah Sebuah Musibah


    Banjir ialah musibah yang berlaku di musim tengkujuh. Tambahan pula ambe duk di pantai timur mmg bese la dgn musim hujan ni. Hari ni hujan, esok hujan, lusa hujan, hujan dan hujan lagi. Kawasan rendah dan tempat bese nek air tu mmg konpem banjir kalau hujan xbenti2. Hakikatnya dalam hidup, kita selalu diuji dengan trgedi.  Kematian orang yang tersayang, dikhianati orang yang dicintai, dan kehilangan harta benda dalam kehidupan kita adalah satu ujian. Setiap musibah dating daripada Allah dan manusia diuji atas sebab yang berbeza , bergantung kepada tahap hubungan kita dengan-Nya.

Apakah anggapan dan agaimana kita melihat sesuatu musibah

1) Hukuman kerana melaggar hukum dan melakukan dosa

 Orang baik tidak mengaku dirinya bail. Kita sbg manusia tidak boleh lari dari membuat kesilpan dan melakukan dosa. Maka, terimalah musibah yang dating sbg kifarah bagi menebus dosa kita. Anggaplah Allah menghukum kesalahan kita didunia untuk melepaskan kita dihukum di akhirat. Mungkin dengan musibah yang terjadi, member kita keinsafan dan mendekatkan kita dengan-Nya.

2) Bala

Jika kita melihat peristiwa lepas atau sejarah. Banyak musibah yang berlaku seperti banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi, tsunami, kemarau dan sebagainya. Musibah yang berlaku adalah tanda kemurkaan Allah terhadap orang jahat yang membuat keburukan.

3) Sebagai Tanda Sayang Allah Kepada Hambanya.

Kita mungkin tertanya-tanya  kerana kita orang yang baik dan selalu membuat kebaikan. Tetapi kenapa kita mendapat musibah dalam hidup. Allah turunkan bala kerana dia mahu menguji kita. Bagaimana kita hendak kenal susah, sabar, syukur, redha dan pemaaf jika kita tidak diuji. Ingatlah, Allah tidak akan sekali-kali  menguji hambanya diluar kemampuan hambanya.

Apapun yang terjadi dalam hidup kita, kita perlu sabar, redha dan bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang telah diperolehi. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri. 


Wednesday, 19 December 2012

Tunjuk Ajr Ku Sifu


               Hari ni adalah hari yang terakhir ambe menjadi tutor lab subjek Sistem Komputer dan Aplikasi. Semua pelajar lab kena present blog dyorang kepada lecturer (Pn Sue) sbg task terakhir lab. Ambe bersama Zul (Tutor's partner) juga terlibat dalam amek markah untuk blog presentation. Antara modul-modul yang ambe mengajr selama 9minggu ialah tentang open office (text document, Spreadsheet, presentation, draw),


windows movie maker dan blog. Tq kpd tutor ambe kerana bg peluang untuk mengajr lab subjek ini. Pada mulanya ambe tidak yakin untuk terima offer ini secara part time kerana xdk pengalaman dan xbese dgn open office. Setelah mentor ambe memberi siket motivasi dan penerangan tentang modul yg perlu diajr, ambe terima dan berusaha wat yang terbaik menjadi seorang tutor. Pada mulanya, seriously ambe neves jugop la sbb first time nk mengajr, takot-takot xtahu ap nk diajr..haha.. Pastu dalam lab sume gadis2. Mmg ambe xkejut jgp la, xtahu la plop student Foodtech sume pmpn. Rasa mcm msuk kelas wanita la plop. Nseb bek xkena ajr memask ke, menjahit ke, makeup ke..haha. Rasa hormon jantan mkn menurun pn ad. Lab ni pada setiap hari rabu, dan ambe akn prepare modul yg perlu diajr sehari sebelum lab bersama Shafiq dan Amal. Dyorang yang byk bantu ambe semasa sesi mengajr di lab, thanks buddy. Time blog presentation plg best. Blh tgk kreativiti dyorang wat blog n bagi penerangan. Markah diambil berdasarkan unsur-unsur yg ada dlm blog seperti audio, video, graphic dan link. Blog presentation tu amek masa cket sbb internet problem. Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar dan jayanya. 


 Ambe ada wat survey tahap pengajaran ambe sebagai tutor. Nk tgk feedbak dr dyorang. Inilah resulnya. 62% vote Sangat Baik. Tqvm kpd yg vote dan ambe memohon maaf jika ada terkasr bahasa, kurang jelas , dan salah dan silap sepanjang ambe menjadi tutor. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri. 


Kenangan bersama junior lab CSC3100. 


Antara-antara blog yang dihasilkan oleh ank didik ambe:- 
             muslimahzone2012.blogspot.com


Friday, 14 December 2012

Jersi Harimau Malaya

Lepas tgk Harimau Malaya menang game lwn Indonesia aritu. Ambe terus beli jersi malaysia baru (kaler kuning) lepas jumpa ada orang jual kat Pesta Konvo Unisza. Walaupun bkn yg ori tp xpela sbg tanda sokongan kepada pasukan negara. 

Sbg juara bertahan, Harimau Malaya perlu bersedia untuk menghadapi tentangan daripada pasukan lain yang ingin merampas takhta juara Piala AFF Suzuki yang dimenangi 2 tahun lepas. Ambe tak melepaskan peluang menonton perlawanan pasukan negara live di tv walaupun xberpeluang ke stadium Bukit Jalil. Pada game peringkat grouping, Harimau Malaya bermula dengan langkah kiri selepas kalah kepada Singapura di tempat sendiri. Pasukan negara seperti hilang punca dan tak dapat control game. Pelbagai krtikan dan komen daripada media dan peminat mengenai persembahan Harimau Malaya yang teruk dibelasah Singapura 3gol tanpa balas. Walaubagaimanapun, pemain-pemain perlu positif dan memperbaiki kelemahan yang ada kerana saingan baru bermula dan masih ada 2perlawanan untuk diharungi. 

Barisan pemain skuad negara 2012

Pada perlawanan Piala Suzuki 2012, Harimau Malaya memakai jersi rekaan Nike yang paling mesra alam dan berteknologi canggih dan diperbuat daripada 100% poliester kitar semula. Fabrik bagi seluar diperbuat daripada 100% poliester kitar semula, manakala fabrik baju diperbuat daripada minimum 96% poliester kitar semula. Setiap kit diperbuat menggunakan purata 13botol  plastik kitar semula melalui kaedah teknologi Nike Dri-Fit untuk menyedut lembapan dan diperbuat daripada fabrik 23% lebih ringan dengan struktur kait 20% lebih kuat daripada kit yang lama.


Bajunya mempunyai liang pengudaraan untuk membantu proses penyejukan seterusnya mengawal atur suhu badan pemain ketika bertarung dalam perlawanan.  Jalur hitam kuning pada jersi melambangkan belang harimau iaitu simbol pasukan bola sepak negara kita.



Slogan "Tanah tumpahnya darahku" dicetak disebelah dalam jersi dan ia adalah semboyan yang dipetik daripada lagu kebangsaan bertujuan menyemarakkan dan membangkitkan semangat pemain untuk memenangi piala untuk negara. 






Sebagai pelengkap, jalur gemilang turut menghiasi kit baru bagi melahirkan rasa bangga di hati pemain dan peminat yang menyarungkan jersi berkenaan.