Thursday 14 February 2013

Cara Nabi Jaga Kesihatan


Berikut adalah antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda SAW amalkan:
  • Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
  • Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
  • Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
  • Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang  hendak kita pergi.
  • Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah
di hati.
  • Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
  • Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
  • Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.


Wednesday 30 January 2013

Chelsea


Blue is the colour, football is the game 
We're all together, and winning is our aim 

So cheer us on through the sun and rain 

'cause Chelsea, Chelsea is our name




Chelsea ialah satu kelab England ditubuhkan pada tahun 1905 dan merupakan kelab milik Roman Abramovich. Dikenali sebagai the blues dan Stamford Bridge ialah stadium bagi kelab ini. Antara kejuaraan yang pernah dimenangi Chelsea ialah..




Domestik

Winners (4): 1954–55, 2004–052005–06,2009-10
Runners-up (3): 2003–042006–072007–08
  • Divisyen 2
Winners (2): 1983–84, 1988–89
Runners-up (5): 1906–07, 1911–12, 1929–30, 1962–63, 1976–77
Winners (5): 1970199720002007,200820102012
Runners-up (4): 1915196719942002
Winners (5): 1965199820052007
Runners-up (2): 19722008,
Winners (3): 1955, 2000, 2005
Runners-up (4): 1970, 1997, 2006, 2007
Winners (2): 1986, 1990Eropah
2012
1971, 1998

1998



Player Chelsea Season 2012/2013




  • Name:Petr Cech
  • Nationality:Czech
  • Date of Birth:20/05/1982
  • Height:196 cm
  • Weight:91.6 kg
  • Previous Clubs:Rennes, Sparta Prague
  • Position:Goalkeeper










  • Name:Frank Lampard
  • Nationality:English
  • Date of Birth:20/06/1978
  • Height:184 cm
  • Weight:88.0 kg
  • Previous Clubs:Swansea, West Ham
  • Position:Midfielder












  • Name:Fernando Torres
  • Nationality:Spanish
  • Date of Birth:20/03/1984
  • Height:183 cm
  • Weight:70.0 kg
  • Previous Clubs:Liverpool, Atletico Madrid
  • Position:Striker











  • Name:Juan Mata
  • Nationality:Spanish
  • Date of Birth:28/04/1988
  • Height:174 cm
  • Weight:61.0 kg
  • Previous Clubs:Valencia, Valencia
  • Position:Midfielder









  • Name:Emboaba Oscar
  • Nationality:Brazilian
  • Date of Birth:09/09/1991
  • Height:180 cm
  • Weight:66.0 kg
  • Previous Clubs:Sao Paulo
  • Position:Midfielder











  • Name:Eden Hazard
  • Nationality:Belgian
  • Date of Birth:07/01/1991
  • Height:170 cm
  • Weight:56.0 kg
  • Previous Clubs:Lille
  • Position:Midfielder









  • Name:Gary Cahill
  • Nationality:English
  • Date of Birth:19/12/1985
  • Height:188 cm
  • Weight:70.7 kg
  • Previous Clubs:Bolton, Aston Villa, Sheff Utd, Burnley, Aston Villa
  • Position:Defender









  • Name:John Terry
  • Nationality:English
  • Date of Birth:07/12/1980
  • Height:187 cm
  • Weight:90.2 kg
  • Previous Clubs:Nottm Forest
  • Position:Defender





















  • Name:Branislav Ivanovic
  • Nationality:Serbian
  • Date of Birth:22/02/1984
  • Height:188 cm
  • Weight:86.0 kg
  • Previous Clubs:Lokomotiv Moscow, OFK Belgrade
  • Position:Defender




















  • Name:Ashley Cole
  • Nationality:English
  • Date of Birth:20/12/1980
  • Height:176 cm
  • Weight:66.0 kg
  • Previous Clubs:Crystal Palace, Arsenal
  • Position:Defender









  • Name:David Luiz
  • Nationality:Brazilian
  • Date of Birth:22/04/1987
  • Height:189 cm
  • Weight:84.0 kg
  • Previous Clubs:Benfica
  • Position:Defender









  • Name:Nascimento Ramires
  • Nationality:Brazilian
  • Date of Birth:24/03/1987
  • Height:180 cm
  • Weight:73.0 kg
  • Previous Clubs:Benfica
  • Position:Midfielder









>http://www.chelseafc.com/
>http://www.premierleague.com/en-gb/clubs/profile.overview.html/chelsea

Tuesday 29 January 2013

Kelebihan Berkahwin




Apa dah jadi sampai sekarang tak kahwin lagi, apa nak jadi apa nak jadi, kalau tak kahwin kau menyesal nanti. Sape yang xmo kawen kan, cuma mampu ke tak je. Hari ni macam2 jenayah berlaku, kes rogol, buang anak dan pelacuran makin byk. Mesti keje orang2 bujang aka xkawen lg. 





Mas kahwin makin mahal. Ikut level plop tu. Dari SPM sampai PHD harga lain2. Lagi mahal dari RXZ kata UAI..haha. sedangkan perkahwinan yang paling berkat ialah yang paling rendah mas kahwinnya. Masalah kewangan merupakan salah satu punca perceraian berlaku kerana pasangan yang baru berkahwin mempunyai hutang yang membebankan. Pastu ada la yang frust sampai tertonggeng sebab demand yang tinggi pd zaman sekarang spt lagu ni.... tiada keretaku ku bawa kau jalan2, rumahku pn tiada ada pn bapak punya, apa lg mahu belanja kerian kawen sama kamu...

Maksud perkahwinan ialah akad yang menghalalkan diantara lelaki dan perempuan hidup bersama. Kelebihan berkahwin ialah..


1. Telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya
Dari Sahl bin Muaz al-Juhaini dari ayahnya dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw, sesiapa yang memberi kerana Allah dan menegah kerana Allah dan mencintai kerana Allah dan membenci kerana Allah dan bernikah kerana Allah maka sempurnalah imannya

2. Mengikuti sunnah Nabi-Nabi yang terdahulu.
Dari Abu Ayyub dia telah berkata, telah bersabda Rasulullah Saw "Empat perkara daripada perlakuan (sunnah) para Rasul: bersifat malu, berwangi, bersugi dan bernikah."

3. Menghindari larangan agama
Bahawasanya Nabi S.A.W. melarang hidup membujang.

4. Menjadi umat yang dibanggai oleh Rasullullah SAW
Dan berkahwinlah, kerana aku akan berbangga dengan kamu sebagai umat yang ramai bilangannya. 

5. Melaksanakan sunnah Rasullullah SAW
Dari Aisyah dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah Saw "Nikah itu adalah daripada sunnah (perlakuan) ku, maka barangsiapa tidak beramal dengan sunnah ku dia bukanlah daripada ku. 

6. Mengelakkan maksiat 
“Hai golongan pemuda! Barangsiapa di antara kamu mampu bernikah, hendaklah ia bernikah, kerana yang demikian itu amat menundukkan pemandangan dan amat memelihara kehormatan, barangsiapa tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu menahan nafsunya.”

Adat Perkahwinan Orang Melayu

MERISIK
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Disamping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu ataubapa saudaranya.
Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik. Adakalanya semasa merisik, wakil lelaki tersebut akan memberikan sebentuk cincin tanya berupa cincin belah rotan dan jika pihak gadis bersetuju mereka akan menetapkan tarikh untuk peminangan. Walaubagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.
MEMINANG
Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. Disamping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangankelak.
BERTUNANG



Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjungsebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan.
Mengikut adatnya juga, sekiranya pihak perempuan mempunyai kakak yang masih belum berkahwin, hantaran untuknya juga turut diberikan. Adat ini dipanggil langkah bendul. Bilangan hantaran agak unik kerana jumlahnya ganjil iaitu samada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas, kerana jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki. Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan.
Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis. Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan. Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak.
Satu perkara yang turut dititikberatkan ialah berkenaan putus tunang. Sekiranya pihak lelaki yang memutuskan pertunangan tersebut, semua wang hantaran dan belanja yang diberi kepada pihak perempuan dikira hangus, sebaliknya jika pihak perempuan yang berbuat demikian, semua hantaran harus dikembalikan sebanyak dua kali ganda. Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincin pertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu rasmilah sudah pertunangan tersebut.
AKAD NIKAH


Akad nikah merupakan satu acara paling penting dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Ia bukan suatu adat tetapi lebih kepada ajaran agama dan merupakan kemuncak kesahihan sesuatu perkahwinan. Upacara ini dijalankan selepas segala perjanjian yang dikenakan kepada pihak lelaki telah dilaksanakan seperti wang belanja, mas kahwin dan barangan lain sepertimana yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam.
Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walaubagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam. Kebiasaannya majlis akad nikah akan dijalankan di rumah pengantin perempuan sehari sebelum majlis perkahwinan diadakan. Pada hari tersebut, pengantin lelaki akan mengenakan baju melayu berwarna cerah dan majlisdiadakan menyerupai majlis pertunangan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki, majlis berzanji atau pukulan kompang diadakan.
Sebelum upacara dijalankan, wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksi bagi pihak perempuan. Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar ditengah-tengah majlis. Tok imam atau tok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada dia bersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikah dan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain halberkaitan rumahtangga dari sudut agama.
Selepas itu, tok kadi atau imamkan membacakan lafaz nikah sambil berjabat tangandengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi “Aku nikahkan dikau.(namapengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak..(mengikut negeri) tunai” dan disambut oleh pengantin lelaki dengan lafaz berbunyi “Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi). Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati. Doa selamat akan dibaca sejurus selepas itu sebagaitanda kesyukuran kerana kedua-dua mempelai telah selamat diijabkabul.
Selepas akad nikah, pengantin lelaki akan melakukan upacara membatalkan airsembahyang. Si suami akan menyarungkan cincin atau memakaikan rantai kepada isterinya yang menanti di dalam bilik yang dihias indah sambil keduanya bersalaman. Adat ini dilakukan sebagai satu simbol bahawa pasangantersebut telah sah diijabkabulkan. Selepas itu adat berinai akan dijalankan dimana kedua mempelai ditepung tawar. Peralatan yang digunakan untuk upacaraini ialah semangkuk bertih, semangkuk beras kunyit, sepiring inai, beberapa tangkai daun seribu yang diikat dan semangkuk air tepung tawar.
Wakil kedua-dua pihak akan menjalankan adat tepung tawar ini dengan cara mencalitkan sedikit inai dan air tepung tawar ke tapak tangan pengantin.Beras kunyit dan bertih tadi pula ditabur di hadapan pengantin dan juga kepada para hadirin. Bunga telur akan diberi kepada mereka yang menepung tawar. Jumlah orang yang menepung tawar lazimnya dalam bilangan ganjil.
ADAT BERINAI



Majlis berinai biasanya diadakan secara berperingkat-peringkat.
Berinai curi
- diadakan tiga malam sebelum hari langsung untuk saudara mara terdekat sahaja.
Berinai kecil
- diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudaramara, jiran tetangga dan sahabat handai.
Berinai besar
- diadakan satu malam sebelum hari langsung atau selepas akadnikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan. Selepas adat berinai besar dilakukan, pengantin lelaki tidak akan bermalam dirumah pengantin perempuan, sebaliknya akan terus pulang ke rumah atau pun sekiranya rombongan tersebut datang dari jauh, pengantin lelaki akan bermalam di rumah penanggak, iaitu rumah yang berhampiran dengan rumah pengantin perempuan.


Kalau berpacaran jangan tunggu lama2, kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama, hantarkan rombongan meminang dengan segera, kalau terlambat kekasihmu disambar buaya.



Sumber:-