Monday, 28 January 2013

Pesanan Imam As-Syafie


Empat Perkara Menguatkan Badan
1. makan daging

Daging yang paling baik ialah daging kambing kerana bersifat panas dan lembap. Jgn mkn daging khinzir plop. Haram. 

2. memakai haruman

Memakai minyak merupakan sunnah Rasulullah SAW. Ia dapat menyegarkan diri dan merangsang minda. Digalakkan memakai masa solat dan menghadiri majlis.

3. kerap mandi

Mandi sebelum subuh banyak kebaikan seperti kulih lebih lembut halus, melancarkan peredaran darah, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko darah tinggi, mengurangkan tekanan, dan meningkatkan sel darah putih. 

4. berpakaian dari kapas


Pakai pakaian daripada cotton. Menurut Profesor Madya Psikologi dan Kinesiologi di Universiti Park, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS), W. Larry Kenney, kain kapas merupakan salah satu fabrik yang membantu menyejukkan badan ketika cuaca panas mahupun sewaktu berpeluh.

"Bagi mengelakkan badan berasa panas pastikan anda memilih pakaian kain kapas yang tidak terlalu tebal, warna lembut dan potongan longgar. Material kapas memang dikenal pasti dapat membantu mengurangkan masalah ruam dan bintik-bintik merah pada kulit badan,"

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.
4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Sumber :-
>http://www.gilerkentang.com/tips-4-perkara-membuatkan-badan-kita-sihat/
>http://www.tayibah.com/eIslam/nasihat.htm
>http://noormalashahar.blogspot.com/2012/09/fabrik-kapas-sejukkan-tubuh.html




Sunday, 27 January 2013

Teka-teki Imam Al-Ghazali

Sape Imam Al-Ghazali. Mungkin kite lebih mengenali Aaron Aziz, Lisa Surihani, Hazama, Mat Yo dan Safee Sali. Beliau seorang tokoh ulama dan cendikiawan Islam yang luas pengetahuannya. 


Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu bertanya..


Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan kita di dunia ini?”
Murid 1 = “Orang tua”
Murid 2 = “Guru”
Murid 3 = “Teman”
Murid 4 = “Kaum kerabat”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah S.W.T bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185)


Imam Ghazali = “Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 = “China”
Murid 2 = “Bulan”
Murid 3 = “Bintang”
Murid 4 = “Matahari”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”


Imam Ghazali = “Apakah yang paling besar didunia ini?”
Murid 1 = “Gunung”
Murid 2 = “Matahari”
Murid 3 = “Bumi”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf:179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka”


Imam Ghazali = “Apakah yang paling berat didunia?”
Murid 1 = “Baja”
Murid 2 = “Besi”
Murid 3 = “Gajah”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH (Surah al-Azab:72. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah S.W.T meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah”


Imam Ghazali = “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 = “Kapas”
Murid 2 = “Angin”
Murid 3 = “Debu”
Murid 4 = “Daun-daun”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat”


Imam Ghazali = “Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab = “Mata pedang!!!”
Imam Ghazali = “semua jawapan itu benar, tetapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri” 


Wasiat Imam Al Ghazali


Imam Al-Ghazali pernah berwasiat agar ditinggalkan 4 perkara bagi menjaga keelokan akhlak iaitu :
1.Janganlah kamu suka berbahas dengan seseorang mengenai sesuatau perkara seboleh yang mungkin kerana ia lebih banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.Ia adalah punca ahlak buruk seperti riya' , hasad dengki,bermusuhan,bangga diri dan sebagainya.Jika terpaksa juga berbahas maka kamu mesti mempunyai 2 tanda pada niat dalam hatimu iaitu :
  • Kamu mengakui sesuatau kebenaran tidak kira ia berada di sebelah kamu atau pihak lain
  • Kamu lebih suka mencari kelemahan dirimu daripada mencari kelemahan orang lain
2. Elakkan dirimu daripada menjadi pendakwah yang mengajak kepada kebaikan sekiranya kamu sendiri belum melaksanakannya
3. Jangan bergaul dengan pemimpin atau pembesar yang zalim malah jika boleh jangan berjumpa dengan mereka kerana lebih banyak padahnya daripada faedahnya.
4. Jangan menerima sebarang pemberian daripada golongan pembesar walaupun kamu tahu pemberian itu adalah daripada sumber yang halal kerana dibimbangi kamu akan terhutang budi sehingga takut untuk menegur kesalahannya
Petua Memilih Kawan dari Imam Al-Ghazali

Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..

Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.


Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..

Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.

Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.

Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.



Surat Imam Al Ghazali kpd anak muridnya

Wahai anak!

Memberi nasihat itu senang, manakala menerimanya adalah sulit. Kerana, pahit bagi hawa nafsu yang memang menyukai perkara perkara terlarang. Terutama dikalangan para penuntut ilmu, kerana terlalu sibuk mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia menyangka dalam ilmu itu terkandung keselamatan dan kebahagian dan ia juga menyangka ia tidak perlu beramal. Inilah kepercayaan yang salah!

Ia tidak sedar bahawa, ia akan dipertanggungjawabkan dengan ilmu yang ia miliki. Seperti sabda Nabi SAW "orang yang berat menanggung seksa di hari Akhirat kelak adalah orang yang berilmu namun tidak mendapat menfaat dari ilmunya".

Wahai anak!

Janganlah hidup dalam kemiskinan amal dan kehilangan keinginan untuk bekerja. Yakinlah, ilmu tanpa amal semata mata tidak akan mampu menyelamatkan manusia. Jika di suatu medan, seorang perajurit lengkap bersenjata berhadapan dengan seekor singa yang kuat, mampukah senjata menyelamatkan diri sang perajurit tersebut? Senjata sahaj tidak mampu membantu kecuali senjata tersebut diangkat dan digunakan. Begitulah perumpamaan seorang manusia, jika membaca dan menelaah beribu bahan bacaan, jika tiada amal, maka ilmu tersebut tidak mendatangkan faedah.

Wahai anak!

Berapa malam yang engkau berjaga untuk mengulang ngulang ilmu, membaca buku dan engkau haramkan tidur keatas dirimu. Aku tidak tahu apakah yang mendorongmu. Jika yang menjadi pendorong adalah kesenangan dunia dan kemewahan harta, malanglah dirimu. Namun jika pendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syari'at Rasulullah SAW dan menyucikan budi pekertimu serta menundukkan hawa nafsumu yang tidak pernah lelah mengajak kepada kejahatan, maka beruntunglah engkau. Benar kata penyair, "biarlah mengantuk menyiksa mata, akan sia-sia jika tidak kerana Allah semata".

Wahai anak!

Hiduplah seperti mana yang engkau mahu. Ingatlah, bahawasanya engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang engkau sukai, namun ingat engkau akan berpisah dengannya. Dab berbuatlah apa sahaja yang engkau inginkan, namun ingatlah, engkau akan dipertanggungjawabkan keatas semuanya.


Sumber : 
http://luvislam92.blogspot.com/2010/02/teka-teki-imam-al-ghazali.html
http://saturenungan.blogspot.com/
http://www.rela.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=989%3Awasiat-imam-al-ghazali&catid=260%3Amutiara-kata&Itemid=1116&lang=ms
http://darulruqiyyah.blogspot.com/2012/02/5-tips-memilih-kawan-dari-imam-al.html
http://busuk.org/ping/view/272041

King on road

Vroooommmmm... Tanjat boboi bila dgr je bunyi enjin kete2 mahal ni. Kalau tgk orang duk bwk Ferrari, Nissan GTR, Mitsubishi Evo atau BMW pastu follow dari belakang, ambe tgok jela nk beli xmampu. haha. Ambe setia pada yang satu Ferari Merah Ambe. < kancil vtec turbo je.. haha. Tapi dlm byk2 kete kat dunia ni, yang mana plg laju n power..  


Jom tgk Video ni..


Dari video tadi, Ferarri n Mitsubishi xjoin, Urutan kete paling adalah :-

1. Lamborghini Aventador 1/4 Mile 10.8sec @ 132.3mph


2. Mclaren 130.7 MPH


3. Nissan GT-R 11.1sec @ 124.8 MPH


4. Ford Shelby GT300 11.6sec @ 125.7 MPH

5.Porsche 12.0sec @ 117.1 MPH


6. Chevrolet Camaro


7. BMW 12.1sec @ 117.6 MPH

8. Jaguar

9. Subaru

Thursday, 24 January 2013

Sunnah Nabi


Salam Maulidur Rasul 1434 Hijrah

Maulidur Rasul adalah hari memperingati kelahiran dan perjuangan Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan pada hari isnin 12 Rabiulawal tahun gajah. Marilah kite sama-sama berselawat keatas baginda Rasulullah SAW. Semoga mendapat syafaat dan rahmat dariNya. Antara sunnah Rasulullah SAW ialah..

1. Berjanggut
2. Senyum
3. Berkahwin
4. Menuntut ilmu
5. Bersedekah
6. Romantik pada isteri
7. Suka kanak-kanak








Sumber:-
http://imamudasyraf.com/v2/?p=430
http://www.iluvislam.com/design/facebook/1994-senyum-itu-sunnah.html
http://nursadiqah.blogspot.com/2012/09/sunnah-nabi-i.html
http://muzir.wordpress.com/2012/01/13/berjanggutlah-wahai-lelaki-kerana-ia-sunnah-nabi/
http://cikgushamsudin.blogspot.com/2013/01/tema-sambutan-maulidur-rasul-1434-2013.html

Sunday, 20 January 2013

Kaya Sebelum Miskin


Menurut hadis Rasululullah SAW. yang berbunyi 'bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari'. Mmg kite nak hidup senang dan berjaya dalam hidup. Ada byk duit, gaji beso, rmh beso, kete beso dan byk lagi. Tapi adakah ini semua bermakna jika kita hati kita tdk tenang, family porak peranda, tiada masa beribadat kpd Allah dan masa utk berehat. Disamping kita bekerja bersungguh-sungguh untuk menyara hidup tetapi kite juga hendaklah beribadat. 5 perkara yang kite perlu kita ingat sebelum datangnya 5 perkara iaitu:

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya, “Bukanlah kekayaan itu diukur dengan limpahan kemewahan dunia. Tetapi kekayaan itu adalah kayanya hati.” (Hadis Riwayat Muslim)

 Rasulullah SAW pernah mengatakan, “Kalau seandainya anak Adam diberi sebukit emas, nescaya dia akan mengharapkan lebih banyak bukit-bukit emas lainnya, dan tidaklah yang memenuhi mulutnya melainkan tanah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain, Nabi SAW bersabda, “Redhalah dengan apa yang ALLAH berikan kepadamu nescaya engkau menjadi orang yang paling kaya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Sebenarnya kekayaan tidak akan dirasai dengan limpahan harta. Sebaliknya kekayaan akan terkecap apabila hati sentiasa berasa cukup, puas, syukur, lapang, tenang, dan senang terhadap segala kurniaan ALLAH.

Lalu dengan harta itu menjadikan dirinya mampu melaksanakan agamanya. Seorang mukmin yang kaya adalah yang sentiasa berasa cukup dengan harta yang dimilikinya lalu dia menggunakan harta tersebut untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhannya


SENARAI ORANG TERKAYA DI MALAYSIA 2013
1. Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) - RM30.56 bilion
2. Robert Kuok (Kumpulan Kuok) - RM29.40 bilion
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM15.10 bilion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) - RM14.68 bilion
5. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM14.17 bilion
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) - RM10.42 bilion
7. Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay (YTL Corporation) - RM9.75 bilion
8. Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary (Yayasan al-Bukhary) - RM9.14 bilion
9. Tan Sri Azman Hashim (Kumpulan AmBank) - RM4.18 bilion
10. Tan Sri Lee Oi Hian (Batu Kawan Berhad) - RM3.95 bilion

Berdasarkan top10 orang terkaya di Malaysia 2013, kite dapat lihat orang Cina mendominasi kekayaan dan mempunyai syarikat-syarikat besar. 




T. Ananda Krishnan 


Orang terkaya di Malaysia tahun 2013 adalah T. Ananda Krishnan. Beliau merupakan bilionair telekomunikasi mengumpul kekayaan bernilai 30.56 bilion. Dilahirkan pada tahun 1938 di Brickfields. Ananda memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri Robert Kuok untuk menjadi orang terkaya Malaysia apabila saham Astro Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau. Antara kepentingan biness yang beliau miliki ialah :-

media (Astro, Johnston Press Plc), satelit (MEASAT), 


minyak dan gas (Bumi Armada, Pexco), 



telekomunikasi (Maxis, Aircel, Axis, Sri Lanka Telecom). 



Beliau juga memiliki kepentingan dalam 
Syarikat Tanjong Public Limited, sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan anak-anak syarikat yang terlibat dalam penjanaan kuasa (Powertek), 
perjudian (Pan Malaysian Pools), 
riadah (Kepulauan Tropika, Pawagam TGV) 

Robert Kuok




Dikenali sebagai raja gula. Selain syarikatnya Kumpulan Kuok dan dari pelbagai perniagaan di Malaysia, beliau juga mempunyai syarikat-syarikat yang mempunyai pelaburan di banyak negara di seluruh Asia. Asetnya dianggarkan kira-kira 29.40 billion.

perniagaan pelbagai kepentingannya adalah

 ladang tebu (Perlis Plantations Bhd), gula, 
pengilangan tepung, makanan haiwan, minyak, perlombongan, kewangan, hotel, hartanah, perdagangan, pengangkutan dan penerbitan.
sumber terbesar kekayaan adalah kepentingan dalam Wilmar International, syarikat minyak sawit tersenarai terbesar di dunia. 

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary




Beliau mempunyai banyak kepentingan berjumlah 9.14 bilion dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa. Pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’ adalah falasafah beliau untuk berjaya dalam hidup. 




http://www.sinarharian.com.my/rencana/gapai-kekayaan-dengan-hati-tenang-1.33026
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/3911-kekayaan-anugerah-allah.html
http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1825-apabila-allah-swt-istiharkan-muflis.html
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Saturday, 5 January 2013

Maharaja Lawak Mega 2012

Mcm xcaye plop bila cousin ambe kabo maharajalawak mega minggu ke8 wat kat Terengganu. Ambe xtgk live pn seblum ni sbb kt rmh xamek astro mustika. Bese tgk kt youtube jela. Cousin ambe plan nk gi sama mlm tu. Kebetulan ambe exam ari kamis. So mmg free la nk gi tgk MLM jumaat malam. Cousin ambe baru lepas spm n mmg xcited nk gi jln2.

Pagi jumaat ambe gi tempat MLM tu kat Stadium Tertutup Gong Badak dgn 3 kwn ambe dgn harapan nk 8tiket sekurang-kurangnya > mcm sng dapat je tiket tu.. haha. Ambe smpi kat stadium pd pkul 10pg. Parking pn nk penuh dh dan ambe selambe redah je gi parking kat depan stadium walaupn ada guard.. haha. Orang dh rmai masa kami smpi n xtahu nk amek tiket kat mana. Kat pintu masuk stadium ada rmai giler org duk bkumpul situ. Mgkin kat situ ada org bagi tiket kot. Seriously, mmg huru-hara la duk tgk org berebut-rebut nk tiket. Sampai pgr stadium pn dicabut sbb nk panjat nek atas. Ambe n kwn2 tgk jela, nk berebut kat situ mmg cari pasal la. Jd sardin n lempeng nanti..haha. Ambe mmg kecewa sbb susah nk dpt tiket  n pastu kena berebut-rebut. Pastu xdk la plop polis @ pengawal yang mengawal keadaan kat situ. Pembahagian tiket  xeffisien sbb men bagi je. Pastu ada petugas yang kononya nk bg tiket suruh kumpul kat satu tempat. Mmg org duk serbu la. Ambe n kwn2 yg tgh beratur kena himpit n tolak smpi tersepit. Ambe pn follow kwn ambe yg lemas duk kt rmai org kluar gi tempat lain. Ambe pn balik dgn hampa bila boring duk tunggu tiket MLM ni. Kalau jual kn senang. Xperlu la ambe duk ssh2 cari tiket. Tp xpela xdk rezeki nk wat mcamane kn. Tp still xsedap ati sbb dh janji cari tiket utk kwn, cousin n adk. Nk dpt 1 tiket pn ssh. Ptg tu ambe gi stadium lg dgn kwn2. Org dh xramai sbb tiket dh habis. So frust menunggeng la ambe. Bila smpi rmh tgk housemate tgh siap2 nk kluar, katanya nk gi tgk MLM. kwn dy offer tket tp 2je. Adess abo jela. Mlm tu ambe tgk MLM kat warung dgn aten. Tgk tv smbil mkn nasi goring paprik lg best. Tgh tunggu MLM ambe nmpk bunga api. Mgkn kat stadium kot sbb warung tu xjauh pn dari situ. Tgk kat warung tk clear sgt sbb bising n rmai org lepak kat situ. 

Shiro wat persembahan tentang cerita badang. ba alif ba nun = badan. haha. katanya tu kat kl, kat teganu tambah 'g' = badang. Shahrol wat gerak dada cara manual (guna tgn). Awie blh wat gerak dada cara auto.

Lawak Jambu mmg best jgop. Ayat2 dy mmg xblh blah. Rasanya mcm diri sy ni comel sgt. Cobet3. Haha. Plg lawok masa tauke nk tgkap duyong (yus). Sempat lg dy tekejut.

Minggu ke 8 zizan sorang je sbb Johan msh kat hospital lg. Dy baru operate lutut. Walaupn sorang Zizan mmg terbaek. Segmen pertama Zizan tiru gaya ustaz Azhar. Mula2 masuk lawok dh. Dy padan duk sorok kite. Napok mcm sama tp bkn dy. Ustaz enjin. Walaupn juri (Wulan) xfhm dgn longat teganu. Tp dy memuji persembhan Zizan yg mendpat sorakan dan tepukkan gemuruh penonton.Segmen kedua giliran Lisa komen. Walaupn Zizan sorang. Ngorat lalu kata Zizan. When I say Jo U says Zan. 'Jozan'.









Selamat Tahun Baru 2013